Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Saturday, January 14, 2012

♥ Hadiah HariJadi Terbaik untuk Si Gadis ♥

Views
Assalamualaikum

Apabila menjelang tahun baru 2012, masing2 mula memikirkan hadiah terbaik untuk kekasih atau teman hidup mereka pada tahun itu. Walaupun saya ni perempuan, kadang2 terniat di hati untuk dapat 'something' daripada orang yang kita sayang. Am I right?

Banyak jenis hadiah kita boleh beri pada perempuan. Antara 10 hadiah harijadi yang terbaik pilihan Gadis dan Wanita untuk si gadis. Lelaki!!! Please take note ya... ^_^

1. Bunga



Beritahu saya perempuan mana yang tidak sukakan bunga? Dikatakan semua perempuan sukakan bunga ( walaupun saya tak berapa gemar sangat, tapi kalau ada orang bagi, yey!! beshnye..) Bunga ni macam simbol romantik. Bunga mahal, nanti kalau kering boleh jadi potpuri ^_^. Tapi ramai perempuan suka bunga. Kalau dah sayang pada kekasih hati, walaupun mahal, kene belikan jugak taw.



2. Coklat



Kebanyakan gadia amat sukakan coklat. Gadis sukakan sesuatu yang comel n sweet gitu. Jadi, coklat pun boleh dikategorikan sebagai sweet. Tapi kalau nak bagi coklat, jangan bagi banyak2 tau sebab boleh mengundang kepada penambahan berat badan pula.



3. Teddy Bear


Teddy bear dan si gadis umpama teman baik. Pendapat sesetengah gadis yang gemarkan teddy bear mengatakan bahawa, dengan memeluk teddy bear semasa tidur membuatkan mereka merasa selamat dan selesa. I love Mr. Teddy!!!



4. Handbag




Handbag adalah satu barang yang selalu dibawa oleh setiap gadis apabila keluar. Handbag merupakan teman akrab gadis untuk diisi pelbagai keperluan jika berada di luar. Percayalah, si gadis akan sentiasa memakainya.



5. Perfume




Perfume merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk si gadis. Tapi hati2 kerana mungkin akan disalah anggap oleh si gadis jika anda salah berkata-kata semasa memberi hadiah perfume. Pastikan anda mengetahui brand dan jenis bauan yang diminati oleh si gadis bagi mengelakkan salah paham.


6. Surprise Party



Kebanyakan gadis sukakan kejutan. Surprise birthday party mampu menceriakan si gadis dan mencipta satu memori yang indah baginya. Dengan mengadakan surprise party, walaupun secara kecil-kecilan, gadis akan tertawan kepada anda kerana ini menunjukkan bahawa anda mengingati tarikh hari jadinya dan menganggapnya tarikh yang sangat penting.

7. Accessories


Gadis dan aksesori tidak dapat dipisahkan. Aksesori seperti cincin, gelang rantai ataupun klip2 comel sangat digemari oleh si gadis. Mereka juga akan cuba menunjukkan kepada rakan-rakannya hadiah pemberian teman lelaki mereka.



8. Kasut 


Bagi sesetengah orang mengatakan hadiah kasut simbolik kepada tanda perpisahan, kerana seolah-olah menyuruhnya pergi. Tapi tidak begitu, mungkin bagi lelaki, selipar atau kasut kasual sudah mencukupi, tapi bagi gadis, seboleh-bolehnya kami ingin menggayakan kasut dengan pakaian yang kami pakai. hehe.. ^_^


9. Kreativiti

Kreativiti! Si gadis sangat sukakan keikhlasan dari seorang lelaki. Jadi tidak semestinya hadiah yang mahal sahaja boleh dijadikan hadiah istimewa harijadinya. Mungkin anda boleh mengubah lagu dan ditujukan pada si gadis? Atau dedikasi lagu di radio? atau juga kad buatan tangan anda sendiri. Itu semua dianggap sweet. 


10. Barang kegemaran si gadis

Dan yang terakhir, barang kegemaran si gadis. Tidak semua gadis mempunyai citarasa yang sama. Tidak semestinya bertanyakan pada gadis yang lain pendapat hadiah yang sesuai itu adalah yang terbaik. Apa yang terbaik ialah, anda mengenali si gadis. Apa kegemarannya, ini lebih menunjukkan anda prihatin dan ambil berat tentangnya.

❀ Saya pernah dapat teddy bear dan coklat ❀

0 yang rajin komen:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.