Assalamualaikum
Pernahkah anda tertanya jika lelaki yang anda suka itu sukakan anda? Mungkin anda boleh bertanya sendiri kepada lelaki itu, tetapi kadang-kadang tak semua perempuan yang berani untuk bertanya kepada jejaka itu.
Sekiranya anda bertanya, anda akan bertambah malu jika lelaki itu memberi jawapan yang dia tidak sukakan anda. Macam mana kita nak tahu lelaki itu serius sukakan kita?
Lelaki itu akan sukakan anda bila :-
Perangai dia berubah bila bersama dengan korang
Pernah tak korang kenal dengan lelaki yang sangat garang? Kadang-kadang bila lelaki itu bercakap dengan siapa2, alunan suara dia sangat kuat. Tapi apabila lelaki tersebut berhadapan dengan korang, secara automatiknya suaranya berubah menjadi lembut. Maksudnya, cara dia bercakap dengan korang lembut tanpa ada nada marah. Lepas tu, suara dia pun romantik aje bila bergayut dekat telefon ^_^ . Lelaki yang ala2 romantik memang menjadi pujaan wanita termasuk saya.
Sentiasa menghiburkan hati korang
Lelaki jarang menghiburkan hati wanita. Tetapi, jika dia amat menyayangi dan serius untuk bersama dengan perempuan itu, dia akan selalu menghiburkan korang. Dalam erti kata lain, dia tak wanita yang dia kasihi merasa sedih apabila bersama dengan dia. Kalau boleh, dia nak sentiasa ada di sisi wanita yang dia kasihi apabila wanitanya itu berada dalam kesedihan atau kesusahan.
Mudah menitiskan air mata
Korang pernah melihat lelaki menitiskan air mata depan mata korang sendiri secara LIVE?
Kalau lelaki pernah menitiskan air mata disebabkan cintanya, ini menunjukkan lelaki tersebut amat sayang akan hubungannya dan berusaha menjaganya sebaik mungkin. Jarang kita bertemu dengan lelaki yang mampu menitiskan air matanya.
Bila lelaki luangkan masa dengan korang
Korang tahu tak betapa SPECIALnya korang kalau ada lelaki yang sanggup pause game DOTA semata-mata kerana korang. Lelaki sekarang ni kan suka main game dota. Tapi kalau dia utamakan kotrang dari dota dia tu, itu bermakna dia memang serius dengan korang. Susah nak cari lelaki yang akan pentingkan perempuan dari game diorang tu.
Lagi satu, kalau lelaki tu suka kat korang, dia akan cuba cari masa untuk text korang. Walaupun dia sibuk dengan kerja, dia akan cuba sebaik mungkin untuk text korang walaupun waktu lunch. Betul kan? Tapi, bila lelaki tu kata 3hari berturut-turut dia tak ada masa langsung, itu bermakna korang dalam bahaya. Mungkin korang dah membosankan dia.
Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada atau buat
Kadang-kadang, lelaki bila bergayut dengan awek dia atau borak2 dengan awek masa dating, lelaki tu bukannya dengar apa yang awek diorang cakap. Lelaki tu cuma tengok gelagat perempuan tu, cara diorang bercakap dan dengar awek diorang membebel.
Apa yang lelaki akan perasan? Lelaki akan perasan tentang cara perempuan tu bercakap. Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa. Lelaki akan perasan bila si gadis nak susun ayat sebelum bercakap. Hanya lelaki yang romantik akan perasan benda-benda ni ^_^.
Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia
Benda ni adalah paling common. Kalau lelaki itu ajak korang berjumpa dengan famili dia, itu maknanya dia sangat serius dengan korang. Kalau dia ada ajak korang teman dia jumpa kawan2 dia, itu maknanya dia nak kawan2 dia tahu yang dia dah ada awek. Kalau boleh dia nak satu dunia tahu dia ada awek.
P/s : Ini aje lah tips2 nak tahu lelaki tu betul2 serius sukakan perempuan itu. Mungkin ada banyak lagi tips2 dia tapi hanya ini sahaja yang saya tahu ^_^. Wasalam.
huhu...nice entry...so far belom jumpe lg..hihi
ReplyDeletenice entry? tengs ye ^_^.
Deleteinsya allah nanti jumpe la tu..
welkem kakak... amin =)
Deletex jmpe lg yg betol2 suka...
ReplyDeleteinsya allah nanti jumpe la tu.. sabor je lha..
Deletetengsss yea ... Syukur alhamdulillah...dpt dptemukan dgn seorang adam yg bersifat sebgini .. scr overall .. x sangka .. doa ,, smoga kita sma2 djodohkan dgn insan yg mmbw kita ke jannah..
ReplyDelete