Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Friday, January 27, 2012

❦ 16 tips lelaki akan menjadi lebih kacak ❦

Views
Assalamualaikum




Ramai di antara gadis-gadis mesti nak lelaki yang kacak, definisi kacak ni subjektif sebab huraian kacak bergantung kepada individu itu sendiri. Kacak bukan pada luaran sahaja, tetapi kacak boleh dedifinasikan dari dalam juga. Semua wanita mengimpikan lelaki yang kacak tetapi sesetengah dari mereka mengimpikan lelaki yang kacak dalaman tanpa tahu perangai lelaki tersebut. Tetapi, bagaimana nak tahu lelaki lebih kacak? Lelaki akan menjadi lebih kacak apabila :

1. Lelaki solat 5 waktu sehari semalam.

2. Lelaki menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.

3. Lelaki memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat.

4. Lelaki menghormati ibu bapa dan sanak saudara.

5. Lelaki mampu menepis godaan zina dan maksiat.

6. Lelaki menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.

7. Lelaki memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.

8. Lelaki berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.

9. Lelaki bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.

10. Lelaki melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat.

11. Lelaki menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri (bagi yang telah berumahtangga).

12. Lelaki berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.

13. Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari.

14. Lelaki mampu bangun dari tidurnya pada malam hari untuk melakukan ibadah sunat.

15. Lelaki mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur.

16. Lelaki mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang diinginkan.


Lelaki soleh boleh dijelaskan dalam Al-Quran adalah sebagai berikut:
" Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud ( maksudnya mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh". ( Ali Imran 133-134) 

0 yang rajin komen:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.