Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Sunday, October 16, 2011

^︵^ Tamatnya Episod Cinta ^︵^

Views
Assalamualaikum

Entry kali ni agak sedih sebab tamatnya episod cinta ( 14Oct011) dalam hidup insan yang bernama Hazwani Zan Juhari. Tak ku duga dan tak kusangka, angan-angan ku untuk bersamamu musnah. Benda yang paling aku tak nak berlaku dalam hidup aku, akhirnya terjadi. Nak wat macam mane, aku cume boleh bersabar dan redha aje dengan ape yang berlaku dalam hidup aku. Cuma aku pelik, apa salah aku sampai die nak tinggalkan dan lepaskan aku? 


Kepada AWAK, saya minta maaf selama kita kenal, maybe saya ade buat salah dekat awak, saya mintak maaf dekat awak sangat2. Saya harap saya takkan dapat jumpa awak lagi sebab saya tak sangka awak boleh buat macam ni dekat saya. Saya redha dn pasrah. Nasib saya baik, saya ada kawan2 yang masih menyokong saya walaupun saya dah tak ade awak. Cinta kadang-kadang indah dan kadang-kadang pahit. 


Cume saya harap awak jangan buat macam ni pada orang lain. Semoga awak bertemu dengan wanita yang lebih baik dari saya. Terima kasih kerana memberi saya nasihat dan dorongan semasa saye menempuhi minggu peperiksaan. Saya hargai sangat2 pengorbanan awak yang awak lakukan. Awak sanggup bangun seawal pagi untuk kejut saya supaya saya study. Terima kasih Mr. R. Saya akan kuburkan episod cinta kita dan saya harap saya takkan ingat pada awak lagi.

Tuesday, October 11, 2011

✿ Kepenatan berjalan bersama Family Terchenta ✿

Views
Assalamualaikum 

Terasa penat sesangat, tapi disebabkan rindu nak menaip, terpaksa jugak la menaip kali ni. Penat berjalan bersama family yang sgt aku sayang. Untuk pengetahuan korang, aku baru jew sampai dari Perlis. Korang lupe ea? Aku kan dah habis blaja. Insya allah.. Korang doa-doakan la moga2 aku lepas semua paper  .

Sebenarnye, my parents + my aunty = my family datang amik aku kat perlis 3hb Oct 2011. Diorang sampai sebelum Zuhur. Terkejut jugak parents aku tengok barang2 aku dari part 1 sampai part 6. Diorang tak sangka betapa banyak barang anak dia nie. Aku cakap kat parents aku, ade 2kotak aje. Alih2 tengok penuh bonet kereta. Tergelak jugak la bila tengok kereta aku penuh dengan barang2. Then kitorang teruskan perjalanan pergi Padang Besar yang x berapa nak besar tu.


Padang Besar

Aku pergi Padang Besar sebab adik kesayangan aku tu suruh mak aku belikan teddy bear untuk dia. Nak teddy bear yang besar aje. Dah tu, DEMAND pulak!! Nak besar satu, nak yang kecik satu. Mak aku ikutkan jugak lha sebab dah janji dengan dia. Aku g padang besar juz beli Bear Angry Bird je. Dah minat sangat. Cari domokun tak jumpe lak kat padang besar. Pastu ayah aku drive sampai Jitra n cari hotel lha. Kalau xde hotel, nak tido kat mane pulak! Takkan nak tidur dalam kereta yang dah penuh tue...


Esok tu kami teruskan perjalanan ke Lumut, Perak. Ha.... pusing2 sikit dekat Lumut sebab nak cari hotel. Nasib baik lha jumpe hotel betul2 depan laut, tapi aku tak pergi pun laut tue sebab tak ade jambatan nak turun ke situ pun.

Nama pun orang perempuan kan? Shopping sane sini, beli makanan , souveneirs dan lain lha dekat Lumut. Then, aku teringat nak belikan something untuk seseorang. Aku tanya la die makan ke satay ikan, sotong tu semua, then dia cakap yang dia makan semua benda. Then mase mak aku nak bayar, sempat aku ambil sotong 1 set ( yang dah siap pack dan bermacam-macam jenis) untuk diberi pada Mr.R sekeluarge.. *^_^*

5hb Oct 2011 baru aku teruskan perjalanan balik ke rumh terchinta dekat Sungai Buloh. Masuk je dalam bilik, tengok katil dah memanggil-manggil.. Rindunye dekat katil aku ^_^... Lagipun aku kan baru je habis final exam. 

Sape2 yang ade pengalaman or tengah study, mesti korang rase ape yang aku rase time final exam. Time nak final, mesti tak cukup tidur kan? Mata pun macam panda aje kan. So, ini la masenye kite nak tebus TIDUR kita balik. Betul tak? Okay la korang. Confirm korang penat bace entry aku kali ni yang panjang berjela-jela. Biase la, aku kan dah lama tak menaip, that's why entry kali ni AGAK PANJANG. Jommmm tido semua... Mimpi indah taw! Wasalam. 



Tuesday, October 4, 2011

✤ Besties ✤

Views
Assalamualaikum

Topic hari ni tajuk die ' BESTIES'. Korang tau x ape maksud die? Bagi pandangan Cik Hazwani, Besties ni maksudnya kawan baik kita. YES!!! it's true!.. Semua orang dikatakan pernah ada kawan baik termasuk aku jugak. 



Kita boleh percayakan kawan baik kita tapi janganlah 100% kita percaya pada dia. Betul tak? Nak tahu 
kenapa kita tak boleh percayakan diorang sangat? Sebab kadang2 dengan kawan baik kita, kita akan bercerita semua dekat diorang, and sometimes they will tell others about what we tell to our besties. 
It's true dear. Sebab saya ade pengalaman macam tue. Terasa menyesal bila cerita macam dekat BUDAK tu.

Bukan senang kita nak mencari kawan baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan baik

Bila aku menjejakkan kaki ke tempat baru, aku mesti nak cari kawan. Kawan yang boleh rapat dengan kita. Orang kata yang boleh SEKEPALA dengan kite. Betul tak?? 

Nasihat kat korang yang berada di luar sana, kalau korang nak cari kawan, carilah kawan yang baik. Kawan yang baik akan mempengaruhi kawan2 dia melakukan benda2 yang baik dan berfaedah. Kawan yang baik akan menasihati kawannya untuk melakukan kebaikan.

Banyak ragam manusia kat luar sana, so kalau nak pilih kawan, pilih la kawan yang baik. Actually aku ada cerita di sebalik kisah kawan baik aku, so aku rase next entry, aku akan cerita pasal kawan baik aku. Bukan nak aibkan dia, cuma aku tak puas hati dengan perangai die. That's all! Wasalam.

All good thing come from God, all bad things come from me 

Monday, October 3, 2011

♣ I'm Free Now ♣

Views
Assalamualaikum pembaca-pembaca ku sekalian. Jangan lupa jawab salam aku taw. Menjawab salam itu kan wajib. Alamak, terberi ceramah pulak dalam entry kali ni.


Mesti korang semua pelik kan kenape tajuk entry aku kali ni I'M FREE NOW. Ade sebab kenapa tajuk aku macam ini. Actually aku baru jew lepas habis EXAM. Sangat best bila dah habis FINAL EXAM.


Rupenye tak sangka, dah lama aku duduk bertapa dekat negeri yang paling kecil kat Malaysia ni. Perlis Indera Kayangan nama diberi.. Chewahhh... Macam korang tak tahu negeri ni terletak dekat Utara lha...


Banyak kenangan manis dan pahit berlaku semasa aku menyambung pelajaran. Terlampau banyak sangat sampai tak boleh nak cerita kat korang. Kalau kenangan sedih mestilah gembira sampai tak terkata. Dan kalau cerita sedih, mesti sedih sampai nangis2 bengkak mata.....


Bila nak tinggalkan bumi arau, terasa sedih pula. Dah sayang sangat kat arau sebab dah 3tahun duduk sini. Name aje duduk Perlis tapi tak penah pergi pun tempat2 menarik dekat sini. 


Rasenye tak ade ape nak cerita lagi dalam entry kali ni. Nanti kite bertemu lagi dalam entry AKAN DATANG taw!!! {。^◕‿◕^。} 


                                                   

p/s : Selamat tinggal Perlis. Ada mase kite datang jenguk awak ye...