Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Saturday, December 17, 2011

ღ Suka Baca Novel ღ

Views
Assalamualaikum

Dush! Dush! Dush! ( sambil buang habuk di blog). Dah berhabuk rupanya blog saya ni kan? Nampak sangat dah lama saya tak terjah blog saya. Maaf ye korang semua. Dah ketandusan idea untuk menulis blog. That's y berhenti seketika dari berblogging. 


Entry hari ni saya nak cerita pasal novel. Korang suka baca novel tak? ^_^ Saya terlampau suka baca novel. Setiap kali pergi MPH or POPULAR, confirm duit akan habis RM50. Nak tahu kenapa? Sebab beli novel la. Kadang2 mak dah bising asyik beli novel. Tapi nak buat macam mane, dah feveret saya baca novel. Kadang2 kalau novel dah habis baca, bukak web penulisan2u semata-mata nak baca cerpen or novel online. 


Wanie paling suka novel keluaran Kaki Novel, Alaf21 dan Buku Prima. Terlampau addicted sangat dengan novel keluaran Kaki Novel. Sangat best kot novel2 yang diorang keluarkan.


Tapi Wanie paling sedih kalau Wanie bagi orang pinjam novel wanie, tapi dia tak reti nak menjaga, menghargai novel wanie tue. Serius wanie tak suka orang macam tu. Macam mana kita bagi diorang pinjam, macam tu juga la diorang kene pulangkan balik. Betul tak?


Sebelum Wanie bace novel, wanie akan pastikan wanie balut novel tu dulu. Wanie rasa tak selesa kalau baca novel tak berbalut. 


Okay la korang, sampai sini aja la entry kali ni. Lain kali kita sambung lagi ye ^_^ . Wasalam.

Saturday, November 5, 2011

♥ Result ♥

Views
Assalamualaikum



Ding3x!!!!!!!! Perhatian kepada semua student UiTM, hari ni keputusan peperiksaan dah keluar. Korang semua dah check ke belum? Alhamdulillah, saya Hazwani Zan Juhari, sudah check result saya. Anda bila lagi??? Hehe..


Result exam keluar sehari selepas hari jadi saya!!! Happynya tak terkira.


YeS!! Impian saya akhirnya sudah tercapai! Saya dah habis pengajian Diploma In Accountancy dalam waktu yang ditetapkan. Sangat gembira tak terkata. Segala usaha dan penat lelah yang telah saya curahkan tidak sia2. To my PARENTS, akak dah berjaya dapat DIPLOMA ( walaupun belum grad lagi), berkat usaha, sokongan, dorongan, doa dari mak dan ayah. Terima kasih sebab tak jemu2 bagi nasihat pada akak sampai akak boleh berjaya macam ni.  Ini lah hadiah hari jadi yang paling bermakna dalam hidup saya untuk tahun ini.


Tepat pukul 12.30 pagi, try la bukak emel yahoo sebab sekarang nie UiTM sangat rajin hantar result terus ke email kita, itupun kalau kita daftar. Bukak2 tengok dah ada keputusan peperiksaan. Bila bukak aje result tu, terus menangis tak berhenti-henti. Bukan menangis sebab ada fail, tapi menangis sebab dah complete study. Menangis sebab tak percaya dengan result tue.

Mesti korang boring dengar wanie cite pasal result wanie ni kan? Kawan2, wanie nak korang semua doakan yang wanie dapat further study lepas ni. Wanie nak minta study Degree dalam bidang Accountancy atau Finance dekat UiTM aje. HOpe tercapai impian wanie tue.



Okay la kawan2 sekalian. Sampai sini sahaja entry untuk kali nie. Bertemu kita dalam entry akan datang. Jage diri ye semua. Wasalam.

Friday, November 4, 2011

✿ Sweet 21 ✿

Views

Assalamualaikum

Kawan2 wanie sihat tak hari ni? Hope korang semua sihat hendaknya. Alhamdulillah bersyukur sangat2 sebab sampai hari ni, Allah masih beri saya nyawa untuk bernafas lagi di dunia yang fana ini.

Mesti korang semua tertanya tanya kan kenape entry hari ni ' Sweet 21 '? Today is my birthday!!!


Tak sangka dah masuk 21 tahun dah hari ni kan? Rase cam budak2 aje lagi.  Hehe..



Saya tak dapat hadiah dari sesiape pun. Sangat sedih kan? Tapi saya dapat KISS from my LOVELY MOM taw!! Itu yang paling bermakna sekali dalam hidup saya tau. Terima kasih mak sebab jadi orang pertama yang wish tadi. 

Walaupun hari jadi kali ni agak sedih sebab setiap kali menjelang hari jadi, confirm saya tak ade bf. Sangat sedih kan? Tak ada la dapat hadiah daripada yang TERSAYANG. Adoyai!!! Apesal la nak sedih2 time besday nie kan? Chill Girl!!! hehe... (saje nak sedapkan hati sendiri ^_^)

Nak ucapkan jugak terima kasih kepada kawan2 yang wish dekat Facebook, anta mesej n yang coll wanie tu. Terima kasih korang!!! Sayang kat korang. MUaaccchhhxxxx!!!! 

Okay la kawan2. Have a nice day yeah. Sorry sebab entry sangat pendek hari ni. Korang kan taw, kalau guna maxis, mesti dapat call free kan? So, nak g bergayut dengan kawan2 la nie.. Wasalam. ^_^

Wednesday, November 2, 2011

ஐ Update Blog ^_^ ஐ

Views
Assalamualaikum


Rasenye dah lame tak mengUPDATEkan belog yang terchinta nie kan. Sorry sangat2x.
Aku amik mase nak mengaktifkan kembali diri aku semula. Mungkin agak payah bagi aku nak jadi diri aku macam dulu. Maksudnya, dulu kawan2 aku cakap aku ni jenis happy go lucky, sentiasa tersenyum, so aku nak jadi macam dulu balik. Korang tolong doakan aku ye. Aku harap aku dapat lupakan dia sangat2x(◕^^◕)


Aku rasa aku boleh lupakan dia sebab kitorang kapel sekejap aje, xsampai sebulan pun. Kenal pun xlame sangat kan? Bak kata kengkawan aku, kumbang bukan seekor pun. Banyak kumbang lain kat luar sane. Ha... betul pun ape kawan aku cakap tu. 


Kalau kumbang tu dah tak nak kat kita, takkan kita terhegeh-hegeh nak dekat dia. Baik kita terima orang yang nak dekat kita. Betul tak?


Aku rasa sampai sini aje la entry aku kali ni. Entry kali ni agak pendek sebab jari nie terase malas untuk menaip. Sorry guys sebab dah lame tak update blog ni. Wasalam..

Sunday, October 16, 2011

^︵^ Tamatnya Episod Cinta ^︵^

Views
Assalamualaikum

Entry kali ni agak sedih sebab tamatnya episod cinta ( 14Oct011) dalam hidup insan yang bernama Hazwani Zan Juhari. Tak ku duga dan tak kusangka, angan-angan ku untuk bersamamu musnah. Benda yang paling aku tak nak berlaku dalam hidup aku, akhirnya terjadi. Nak wat macam mane, aku cume boleh bersabar dan redha aje dengan ape yang berlaku dalam hidup aku. Cuma aku pelik, apa salah aku sampai die nak tinggalkan dan lepaskan aku? 


Kepada AWAK, saya minta maaf selama kita kenal, maybe saya ade buat salah dekat awak, saya mintak maaf dekat awak sangat2. Saya harap saya takkan dapat jumpa awak lagi sebab saya tak sangka awak boleh buat macam ni dekat saya. Saya redha dn pasrah. Nasib saya baik, saya ada kawan2 yang masih menyokong saya walaupun saya dah tak ade awak. Cinta kadang-kadang indah dan kadang-kadang pahit. 


Cume saya harap awak jangan buat macam ni pada orang lain. Semoga awak bertemu dengan wanita yang lebih baik dari saya. Terima kasih kerana memberi saya nasihat dan dorongan semasa saye menempuhi minggu peperiksaan. Saya hargai sangat2 pengorbanan awak yang awak lakukan. Awak sanggup bangun seawal pagi untuk kejut saya supaya saya study. Terima kasih Mr. R. Saya akan kuburkan episod cinta kita dan saya harap saya takkan ingat pada awak lagi.

Tuesday, October 11, 2011

✿ Kepenatan berjalan bersama Family Terchenta ✿

Views
Assalamualaikum 

Terasa penat sesangat, tapi disebabkan rindu nak menaip, terpaksa jugak la menaip kali ni. Penat berjalan bersama family yang sgt aku sayang. Untuk pengetahuan korang, aku baru jew sampai dari Perlis. Korang lupe ea? Aku kan dah habis blaja. Insya allah.. Korang doa-doakan la moga2 aku lepas semua paper  .

Sebenarnye, my parents + my aunty = my family datang amik aku kat perlis 3hb Oct 2011. Diorang sampai sebelum Zuhur. Terkejut jugak parents aku tengok barang2 aku dari part 1 sampai part 6. Diorang tak sangka betapa banyak barang anak dia nie. Aku cakap kat parents aku, ade 2kotak aje. Alih2 tengok penuh bonet kereta. Tergelak jugak la bila tengok kereta aku penuh dengan barang2. Then kitorang teruskan perjalanan pergi Padang Besar yang x berapa nak besar tu.


Padang Besar

Aku pergi Padang Besar sebab adik kesayangan aku tu suruh mak aku belikan teddy bear untuk dia. Nak teddy bear yang besar aje. Dah tu, DEMAND pulak!! Nak besar satu, nak yang kecik satu. Mak aku ikutkan jugak lha sebab dah janji dengan dia. Aku g padang besar juz beli Bear Angry Bird je. Dah minat sangat. Cari domokun tak jumpe lak kat padang besar. Pastu ayah aku drive sampai Jitra n cari hotel lha. Kalau xde hotel, nak tido kat mane pulak! Takkan nak tidur dalam kereta yang dah penuh tue...


Esok tu kami teruskan perjalanan ke Lumut, Perak. Ha.... pusing2 sikit dekat Lumut sebab nak cari hotel. Nasib baik lha jumpe hotel betul2 depan laut, tapi aku tak pergi pun laut tue sebab tak ade jambatan nak turun ke situ pun.

Nama pun orang perempuan kan? Shopping sane sini, beli makanan , souveneirs dan lain lha dekat Lumut. Then, aku teringat nak belikan something untuk seseorang. Aku tanya la die makan ke satay ikan, sotong tu semua, then dia cakap yang dia makan semua benda. Then mase mak aku nak bayar, sempat aku ambil sotong 1 set ( yang dah siap pack dan bermacam-macam jenis) untuk diberi pada Mr.R sekeluarge.. *^_^*

5hb Oct 2011 baru aku teruskan perjalanan balik ke rumh terchinta dekat Sungai Buloh. Masuk je dalam bilik, tengok katil dah memanggil-manggil.. Rindunye dekat katil aku ^_^... Lagipun aku kan baru je habis final exam. 

Sape2 yang ade pengalaman or tengah study, mesti korang rase ape yang aku rase time final exam. Time nak final, mesti tak cukup tidur kan? Mata pun macam panda aje kan. So, ini la masenye kite nak tebus TIDUR kita balik. Betul tak? Okay la korang. Confirm korang penat bace entry aku kali ni yang panjang berjela-jela. Biase la, aku kan dah lama tak menaip, that's why entry kali ni AGAK PANJANG. Jommmm tido semua... Mimpi indah taw! Wasalam. 



Tuesday, October 4, 2011

✤ Besties ✤

Views
Assalamualaikum

Topic hari ni tajuk die ' BESTIES'. Korang tau x ape maksud die? Bagi pandangan Cik Hazwani, Besties ni maksudnya kawan baik kita. YES!!! it's true!.. Semua orang dikatakan pernah ada kawan baik termasuk aku jugak. 



Kita boleh percayakan kawan baik kita tapi janganlah 100% kita percaya pada dia. Betul tak? Nak tahu 
kenapa kita tak boleh percayakan diorang sangat? Sebab kadang2 dengan kawan baik kita, kita akan bercerita semua dekat diorang, and sometimes they will tell others about what we tell to our besties. 
It's true dear. Sebab saya ade pengalaman macam tue. Terasa menyesal bila cerita macam dekat BUDAK tu.

Bukan senang kita nak mencari kawan baik
Bukan senang juga nak menjadi kawan baik

Bila aku menjejakkan kaki ke tempat baru, aku mesti nak cari kawan. Kawan yang boleh rapat dengan kita. Orang kata yang boleh SEKEPALA dengan kite. Betul tak?? 

Nasihat kat korang yang berada di luar sana, kalau korang nak cari kawan, carilah kawan yang baik. Kawan yang baik akan mempengaruhi kawan2 dia melakukan benda2 yang baik dan berfaedah. Kawan yang baik akan menasihati kawannya untuk melakukan kebaikan.

Banyak ragam manusia kat luar sana, so kalau nak pilih kawan, pilih la kawan yang baik. Actually aku ada cerita di sebalik kisah kawan baik aku, so aku rase next entry, aku akan cerita pasal kawan baik aku. Bukan nak aibkan dia, cuma aku tak puas hati dengan perangai die. That's all! Wasalam.

All good thing come from God, all bad things come from me 

Monday, October 3, 2011

♣ I'm Free Now ♣

Views
Assalamualaikum pembaca-pembaca ku sekalian. Jangan lupa jawab salam aku taw. Menjawab salam itu kan wajib. Alamak, terberi ceramah pulak dalam entry kali ni.


Mesti korang semua pelik kan kenape tajuk entry aku kali ni I'M FREE NOW. Ade sebab kenapa tajuk aku macam ini. Actually aku baru jew lepas habis EXAM. Sangat best bila dah habis FINAL EXAM.


Rupenye tak sangka, dah lama aku duduk bertapa dekat negeri yang paling kecil kat Malaysia ni. Perlis Indera Kayangan nama diberi.. Chewahhh... Macam korang tak tahu negeri ni terletak dekat Utara lha...


Banyak kenangan manis dan pahit berlaku semasa aku menyambung pelajaran. Terlampau banyak sangat sampai tak boleh nak cerita kat korang. Kalau kenangan sedih mestilah gembira sampai tak terkata. Dan kalau cerita sedih, mesti sedih sampai nangis2 bengkak mata.....


Bila nak tinggalkan bumi arau, terasa sedih pula. Dah sayang sangat kat arau sebab dah 3tahun duduk sini. Name aje duduk Perlis tapi tak penah pergi pun tempat2 menarik dekat sini. 


Rasenye tak ade ape nak cerita lagi dalam entry kali ni. Nanti kite bertemu lagi dalam entry AKAN DATANG taw!!! {。^◕‿◕^。} 


                                                   

p/s : Selamat tinggal Perlis. Ada mase kite datang jenguk awak ye...

Saturday, September 3, 2011

ღ Bila Tangan Terasa Nak Menaip ღ

Views
Assalamualaikum semua. Baru hari ni ade masa lapang nak menaip setelah sekian lama buat BELOG, tapi tak ade mase nak tulis ape2 pun. Rasenye blog ni sudah agak lama jugak BERSAWANG kan? Biase la, orang macam aku ni, kadang2 agak malas jugak nak menaip blog. 


Apa tujuan aku buat blog? Bagi aku, dengan menulis blog, kita mungkin dapat luahkan perasaan kita. Bagi sesetengah individu, diorang mungkin tak ada kawan rapat untuk meluahkan perasaan diorang dan sebab itu diorang amik ALTERNATIF lain seperti menulis BLOG!!