Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Monday, July 30, 2012

♥ Wanita Perlu Faham Mengenai Lelaki ♥

Views


Apa yang wanita perlu faham mengenai lelaki??? Mari kita selidik perkara ini (: 


Perkara pertama:

Jika lelaki menyuruh wanita mengingatkan sesuatu perkara kepadanya, janganlah remind pada mereka 30 kali dalam masa sejam . Ini kerana lelaki tidak suka wanita mengingatkannya banyak kali dan ini akan membuat lelaki stress dan mudah berasa bosan terhadap wanita tersebut.


Perkara kedua:

Lelaki amat menghargai kawan baik mereka sampai mereka mati walaupun teman wanita mereka tidak menyukai mereka berkawan dengan kawan mereka. Oleh itu, sebagai teman wanita, mereka seharusnya menerima kawan-kawan pasangan mereka.


Perkara ketiga:

Lelaki tidak suka teman wanita mereka bercakap dengannya seperti mereka bercakap dengan kawan-kawan mereka. Sebagai wanita, mereka seharusnya hormat pada pasangan mereka dan melayan mereka sebagai kekasih ^___^ .




Perkara keempat:

Kalau lelaki berdiam diri, itu bermakna mereka memerlukan masa untuk menenangkan minda dan bukannya menangis kerana kekasihnya.


Perkara kelima:

Lelaki sangat spontaneous dan kalau boleh mereka mahukan pasangan mereka boleh get along dengan semua situasi termasuk boleh kamcing dengan kawan teman lelaki mereka.



Ini sahaja yang saya tahu perkara yang lelaki ingin wanita faham mengenai mereka. Kepada teman-teman, jika anda mengetahui perkara lain, boleh share-share juga. Wasalam (:

Monday, February 27, 2012

ღ Maksud Tersirat Pemberian Hadiah ღ

Views


Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan atau kekasih anda mempunyai maksd yang tersirat.

Nak tahu apa maksudnya?


JAM TANGAN : Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN : Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG : Tanda mesra

RANTAI LEHER : Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG : Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT : Sentiasa mengambil berat dan prihatin.

PAKAIAN/KAIN : Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG : Tanda kasih dan sentiasa ingin dilindungi.

MINYAK WANGI : Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR : Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU : Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA : Tanda perkenalan dan bertolak ansur.

COKLAT : Semanis cintamu

LAGU/CD/KAD UCAPAN : Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN AL-QURAN : Kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

HANDPHONE : Tandanya kau jangan lari dari ku. Aku akan cari mu walau di manapun melainkan handphone itu ditutup.

TEDDY BEAR : Romantik dan memahami antara satu sama lain.

Itu sahaja ^_^. Wasalam....

p/s : wanie pernah dapat cincin, rantai, jam tangan dengan teddy bear. Tapi cincin n rantai dah hilang. Teddy bear tunggu masa nak simpan dalam stor aje.

Sunday, February 26, 2012

Contest I Love Being Awesome

Views

 wanie teringin nak join satu contest ni. Ada hadiah tau kalau menang ^_^. 



Blog ni sangat best n nice ^_^. Love it!!!

So, kalau nak join, korang klik la banner di atas tu... 

Wasalam

Thursday, February 23, 2012

~Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by Mr Doctor ~

Views


Hari ni wanie rasa nak join satu contest ni yang dianjurkan oleh Mr Doctor ^_^.



Lawa tak banner dia? Sangat lawa tau :)

Banyak faedah kalau join contest ni. Boleh tambahkan follower korang. So, wanie pon boleh tambahkan follower wanie jugak :)

Sapa-sapa yang nak join, boleh la ke blog Mr. Doctor okey?

To MD, wanie rase better buat 1 group = 50 orang :)

Okay la.. itu sahaja. Wasalam :)





Tuesday, February 21, 2012

ღ Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk ღ

Views


Assalamualaikum semua.
Hope korang semua sihat2 belaka ye J

Wanie dah janji dengan korang kan nak buat entry pasal tips nak pujuk lelaki yang tengah merajuk? Betul tak? Ada kan?

Pakwe wanie pernah merajuk dengan wanie tapi wanie malas nak pujuk. Jahatnya wanie kan? Hehe.. sekali sekala siksa anak orang, tak pe kut.. J


Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk


Entry before ni wanie dah bagitahu tanda-tanda lelaki merajuk. Dan sekarang bagaimana kita nak pujuk diorang. Tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk tetapi sebagai panduan dan tips sahaja okay J.


Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah korang berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung dengan pasangan anda.


Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar bagi kita nak bertolak ansur dengan pasangan kita. Kalau boleh, kita nak diri kita ni menang aje kan? Dalam situasi begini, korang haruslah bijak membua sesuatu keputusan. Sekiranya dia merajuk dan korang tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya korang tersendiri untuk memujuk hatinya. Dengan ini, korang kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


Ucapkan kata-kata manis

Takkan lelaki aje perlu ucapkan kata-kata manis sekiranya awek diorang merajuk. Even perempuan pun boleh ucapkan kata-kata manis pada lelaki. Ketika si dia tengah merajuk, cuba korang bergurau senda dengan menggelarkan si dia, ‘bucuk’, ‘comot’, ‘manje’ dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat power korang dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti di atas tu J


Nyanyikan lagu buatnya

Ha… tips ni merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak korang yang perempuan ni nyanyikan lagu untuk kekasih korang? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Even lelaki pun susah nak nyanyikan lagu pada kekasihnya. Betul kan?


Jangan pujuk on the spot

Kalau si dia merajuk, kalau boleh korang janganlah pujuk diorang terus. Bagi diorang masa untuk cool dulu. Sebab kalau korang nak tahu, lelaki ni kalau kita pujuk dia on the spot, makin gedik, makin ego, berlagak dan sewaktu dengannya la.


Okey. Ini sahaja la tips macam mana nak pujuk lelaki yang tengah merajuk. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan korang tetapi tips ni maybe boleh membuatkan pasangan korang tersenyum. Selamat mencuba ^_^. Wasalam.

Monday, February 20, 2012

ღ Tanda-tanda Lelaki Merajuk ღ

Views


Kenapa lelaki merajuk ye? Mesti korang ingat perempuan aje yang boleh merajuk kan? Padahal lelaki pon boleh merajuk jugak macam pompuan ^_^.

Jom baca entry ni J



Tanda-tanda lelaki merajuk 



Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang berada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiyakan atau menganggukkan kepalanya sahaja. Sikit pun dia tidak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, confirm dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Contohnya bila kita minta pertolongan daripadanya , dia akan buat acuh ta acuh saje. Paling teruk, dia akan buat tak dengar aje. Ini cara protes yang paling teruk sekali sebab dia bukan buat ktia geram pada dia tapi dia buat seolah-olah kita tak wujud depan die!

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak berjumpa dengan kita. Dia akan bagi alasan bila kita ajak dia makan bersama.

Masam muka
Korang ingat pompuan aje boleh bermasam muka bila merajuk? Bila lelaki masam muka, tindakan ini yang buat kita paling geram dengan diorang. Dah la dia tak nak cakap dengan kita. Lepas tu dia boleh pulak masam muka dengan kita! Tapi biaselah kan? Dalam perhubungan confirm akan ada adegan merajuk ni J.

Matikan Telefon Bimbit
Ha.. kalau nak tahu, ni lagi satu tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu aje, dia tak mahu dengar suara kita takut perasaan marahnya lagi kuat. Ala... bila dah rindu, call jugak lastnye J.

Hisap Rokok
Hisap rokok macam dia tak pernah dapat rokok setahun. Huhu...


Okey. Sampai sini entry untuk kali ni. Next entry wanie akan bagi tips untuk memujuk lelaki yang tengah merajuk. Nak pujuk diorang pun ada cara jugak taw! Wasalam.




p/s: Kepada wanita, bila lelaki merajuk, cubalah pujuk dengan baik.


Sunday, February 19, 2012

Segmen Tambah Follower Sampai Pengsan

Views




Hari ni baca blog someone. Then ada bace post pasal ' Segmen Tambah Follower Sampai Pengsan. 
So, wanie rasa wanie nak join contest ni. 
Sebab nak join benda ni coz nak tambah follower. Selain dari tu, nak merapatkan ukhuwah.
Tarikh tutup dia 3/3/2012. So, kalau korang nak join, boleh << klik sini >>

Okey!! da... :) wasalam ^_^

Wednesday, February 15, 2012

ღ Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita ღ

Views


Korang semua sihat x? Kalau sihat, alhamdulillah J.
Tetiba wanie rasa nak buat entry mengenai wanita J

Kepada lelaki di luar sana, mari-mari sini. Korang mesti nak tahu pasal wanita kan?
Mari kita sama-sama mengetahui tentang wanita J.




1.      Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2.     Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.       Wanita sukar nak mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. Sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.

4.      Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.     Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat J.

6.      Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian itu.

7.      Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, janga berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa-apa sahaja.

8.      Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.      Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka J.

10.    Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.

11.   Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.  Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggan diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13.    Sekuntum senyuman memberi sribu erti bagi wanita. Jadi janganlah senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.   Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggakan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.

16.  Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.    Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.   Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapa lah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.  Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta J.

20.  Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudia barulah dirinya sendiri.

21.  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya J !

22.    Satu ucapan ‘Hi’ sudah cukup menceriakan harinya.

23.    Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25.    Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26.    Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27.    Senjata wanita adalah air mata. Tapi kadang-kadang air mata mereka dititiskan hanya kerana kamu.

28.  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hatinya. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.   Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita, pandai-pandailah J.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Cukup sampai sini sahaja wanie berhujah. Mesti korang dah penat baca kan? Wasalam J.

Bloglist Puteri Kasih

Views
Assalamualaikum


Hari ni wanie rasa macam nak join satu contest nie taw. Tajuk dia Bloglist Puteri Kasih. Kalau korang nak tahu, nak join contest ni senang aje.. Cuma letak banner kak puteri .




SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH

Okey! Done :)

ღ 5 Hadiah Terbaik Untuk Lelaki ღ

Views
Assalamualaikum


Korang semua sihat tak? Wanie harap korang sihat la ye. Post kali ini ditulis sebab wanie ada terbaca dekat facebook, ada sorang gurl ni memerlukan advice kerana sudah pening untuk memilih hadiah hari jadi boyfriend dia yang hampir tiba. Korang semua pernah tak mengalami kesukaran yang sama???

Oleh kerana masalah macam ni berlaku, tiba-tiba wanie nak berkongsi idea dengan korang semua. Wanie tak pernah pun bagi ex boyfriend or  boyfriend wanie hadiah. Kadang-kadang wanie cuma belanja diorang makan aje ^_^. Jangan cakap wanie kedekut tau sebab sebenarnya wanie tak tahu nak bagi hadiah apa. Takut si dia tak suka aje dengan hadiah yang wanie bagi ni sebab kadang-kadang lelaki ni cerewet jugak taw!


Di bawah ni terdapat antara 5 jenis benda yang boleh dikatakan terbaik untuk diberikan kepada sang arjunamu yang tercinta.


Wallet atau dompet


Benda inilah antara  benda yang common dan terbaik untuk diberikan kepada lelaki atau boyfriend anda. Dompet yang biasanya tidaklah mahal dan tidaklah murah sangat.

Kenapa dompet..??  Kerana dompet boleh mendorong teman lelaki anda untuk berjimat cermat dan benda-benda macam ni hari-hari mereka akan pegang dan bawa J .

So.. mereka akan sentiasa mengingati kamu dan disamping itu bila si dia nak joli je, si dia akan terkenangkan kamu maka akhirnya tidak jadilah  mereka nak  berjoli.. so boleh lah si dia simpan duit untuk cukupkan 20 ribu duit hantaran kawin kamu nanti kan.



Jam tangan


Jam adalah antara benda kesukaan lelaki. Dan bila dipakai nampak bergaya dan macho lah katanya. Janggal bila lelaki tidak mengenakan jam di tangan mereka, tetapi ada juga golongan yang tidak suka pakai jam ni.. So, kepada wanita diluar sana yang mempunyai teman lelaki yang tidak suka memakai jam tangan, ini adalah pilihan terbaik.

Mengapa jam tangan? Ini kerana bila si dia memakai jam yang diberi oleh kamu, so takdalah reason lepas ni untuk si dia lambat masa nak date dengan kamu nanti.. and jam juga adalah barang yang melekat kat tangan mereka. So, setiap kali melihat waktu di tangan si dia akan terkenang akan kamu J.



Pen atau pena


Pen juga adalah salah satu benda yang unik untuk dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda. Walaupun zaman modern sekarang orang jarang menggunakan pen  tetapi ianya tetap penting.

Mengapa pen? Bila anda menghadiahkan si dia pen, secara tidak langsung teman lelaki anda akan bersemangat untuk belajar atau membuat kerja mereka. Ini kerana pen itu adalah hadiah pemberian orang yang tersayang. So, mereka bersemangat lah nak menulis.

Hurm lagi satu rahsia lelaki mengenai pen. Anda perasan tak kaum lelaki suka sangkut pen mereka di poket baju..?? Ini adalah antara sifat pelik dan unik lelaki terhadap pen. Maka bila pen itu disangkut di baju pen tersebut akan terletak dekat dengan dada mereka. So, pen itu akan sentiasa dekat di hati si dia. Pen yang sesuai diberikan adalah jenama Parker.



Neck tie atau tali leher


Tie juga adalah benda yang sesuai dan bermakna untuk dijadikan hadiah. Ini kerana tali leher sangat berguna untuk lelaki-lelaki yang berkejaya dan berkaliber contohnya student dan kerja pejabat.

Kaum lelaki memang gedik sikit ketika bersama orang yang tersayang. Contohnya mereka akan mengada-ngada buat tak reti pakai tie. So,  anda bayangkan anda sendiri yang memakaikan tali leher  untuk si dia.. hehe.. romantic bukan.. tetapi... jangan lebih-lebih.. ini adalah untuk yang dah kahwinn je.. yang belum  kahwin berdosa tau pegang-pegang.. hehehe...

Mengapa tie..?? Tie dah jadi benda penting dalam hidup lelaki. Cuba bayangkan si dia memakai tie yang diberi oleh kamu untuk menghadiri temu duga, mesti bersemangat punya lah. So, kurang lah sikit rasa gemuruh si dia nanti.



Sunglass 


Benda ni dah kira jadi fashion  bagi kaum lelaki. So cermin mata hitam juga adalah antara item-item yang bagus  dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda.

Ada kebaikannya juga bila anda menghadiahkan boyfriend anda benda ni kerana cermin mata dipakai di mata. So,  jika si dia memakai sun glass yang anda bagi semasa anda berdating maka mata si dia akan sentiasa di hati anda dan kebaikannya juga adalah tidaklah mata  teman lelaki anda melilau melihat awek lain J .

Cermin mata yang sering menjadi pilihan adalah jenama Ray Ban. Jenama ini adalah antara jenama wajib yang menjadi pilihan kaum lelaki.


Okaylah. Item-item diatas adalah antara pandangan peribadi saya sahaja. Jika anda semua ada cadangan lain bolehlah berkongsi di ruangan komen ye. Jadi kita semua boleh berkongsi maklumat dan pendapat.  Selepas ini tidak adalah  orang yang pening-pening memilih hadiah disaat birthday orang yang tersayang J

 Nanti kite jumpe dalam next entry ye.. Wasalam ^_^.






Thursday, February 9, 2012

ღ Dapat Sambung stdy!!! ღ

Views
Assalamualaikum

Sorry guys sebab dah lame xupdate belog ni. Ada masalah kesihatan dan kestressan. Haha... Hope korang sume sihat alhamdulillah.


Sebenarnya dah lama dapat tahu keputusan permohonan kemasukan ke degree uitm. Tapi baru sekarang rase nak share dengan korang semua.





Ha.. korang tahu tak dekat atas ni gambar apa?


Ni yang nak share dengan korang sume ni. Saya dah dapat sambung belajar!!! Hepi sangat2 sebab impian saya tercapai. Dapat sambung dekat aje dengan rumah sebab be4 nie study dekat UiTM Perlis. Jaoh kan? Now bila dah dapat smbung dekat dengan rumah, rasa sangat happy.

Erm... dapat kos yang saya impikan, so rasenye mesti lah gembira kan? UiTM Kampus Bandar Melaka? Wow! Tengah bandar tu. Tak tahu la macam mana nak serasi dengan tempat tu kan? Korang sume doakan la yang saya boleh serasi dengan persekitaran di sana ^_^.




Ada jugak perasaan sedih bila dapat smbung stdy nie. My lovely group members xdapat same dengan saya. Kawan saya si Mariah tu dapat smbung dekat Uitm Perlis. Dia dapat kat sana sebab dia org utara ^_^. Dapat dengan adik kesayangan dia la si Zhatey tu.


Kawan saya si Murni dah tercampak jauh dekat Dungun. Wah! Rasa pelik la pulak sebab ari tue jumpa lec, dia cakap sapa yang duk area Selangor, maybe akan dapat Melaka or Jengka. Tapi tak sangka dia boleh ke Dungun. Rasanya kala saya dapat sane, kompem meraung punye sebab jauh, lepas tu xde kawan kat sane... Uwaaa.....


Kawan2 kelas semuanya dah berpisah-pisah. Hope korang semua boleh teruskan stdy korang n hope korang boleh score seperti mana korang score tyme kita Diploma sama2 dulu ^_^.


Okey la... ni je entry untuk kali nie. Next time, ade masa akan diupdate ^_^. Lupe nak gtaw, kawan kelas ada dapat same tempat dengan saya. Hope kitorang akan satu kelas. Amiinnnn... Okey la korang sume. Tata titi tutu... Wasalam...



Monday, February 6, 2012

ღ Tips Menjadi Lelaki Romantik ღ

Views
Assalamualaikum

Mesti korang semua pelik dengan tajuk hari ni kan? 
Tajuk hari ni Tips Menjadi Lelaki Romantik'. 
Kita pun tak tahu kenapa kita nak buat entry macam ni. 
Mungkin ada lelaki di luar sana tak tahu macam mana nak jadi Mr. Romantik seperti mana wanita inginkan. 
Sebenarnya romantik nilahir dari dalam jiwa dengan sendirinya. 
Tak boleh dipaksa dn perlulah ikhlas dan jujur.


Ada banyak cara menjadi lelaki romantik, antaranya ialah :

 1. Beri bunga



Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perhubungan, berilah hari-hari biasa pun boleh juga, janganlah bagi sejambak, bagi sekuntuk pun dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti si dia akan senyum memanjang.




2. Ungkapkan Ucapan Sayang




Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pun takpe, maybe korang boleh sms sahaja pada pasangan korang ^_^. So sweet...



3. Pandang Mata Pasangan




Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandanglah dengan penuh rasa kasih dan cinta.




4. Bicara dengan lembut




Berbicaralah dengan pasangan anda dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara dengannya.




5. Berpimpingan tangan




Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.




6. Sentiasa senyum




Sentiasalah mengukir senyuman kepada pasangan. Berilah senyuman ikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun tak jadi bila tengok anda memberi senyuman yang paling manis sekali.




7. Pakaian sedondon




Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tidak gemar memakai t-shirt jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika psangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt berwarna biru. Sweetnye... ^_^ .




8. Memberi kejutan




Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan manakala pasangan anda tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda telah membawanya ke situ dan telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.




9. Memujuk




Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tahu saja, tiba-tiba esok jumpa buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tak patut tau buat macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya ^_^.

Ok, inilah tips-tips untuk menjadi lelaki romantik. Pasti ramai wanita yang mengimpikan ciri-ciri seperti di atas termasuk saya. Tapi pada anda wahai lelaki, ciri-ciri romantik sebenarnya lahir dari dalam jiwa dengan sendirinya tanpa ada apa-apa paksaan. Anda boleh merubah menjadi lebih baik tapi jangan terlalu memaksa diri dan jadilah diri anda sendiri. Jika pasangan betul-betul menyayangi anda, dia akan menerima seadanya apa adanya anda.


p/s: alangkah indahnya kalau semua lelaki macam ciri-ciri di atas ni ^_^. Wasalam...