Kenapa lelaki merajuk ye? Mesti korang ingat perempuan aje yang boleh merajuk kan? Padahal lelaki pon boleh merajuk jugak macam pompuan ^_^.
Jom baca entry ni J
Tanda-tanda lelaki merajuk
Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang berada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiyakan atau menganggukkan kepalanya sahaja. Sikit pun dia tidak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, confirm dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Contohnya bila kita minta pertolongan daripadanya , dia akan buat acuh ta acuh saje. Paling teruk, dia akan buat tak dengar aje. Ini cara protes yang paling teruk sekali sebab dia bukan buat ktia geram pada dia tapi dia buat seolah-olah kita tak wujud depan die!
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak berjumpa dengan kita. Dia akan bagi alasan bila kita ajak dia makan bersama.
Masam muka
Korang ingat pompuan aje boleh bermasam muka bila merajuk? Bila lelaki masam muka, tindakan ini yang buat kita paling geram dengan diorang. Dah la dia tak nak cakap dengan kita. Lepas tu dia boleh pulak masam muka dengan kita! Tapi biaselah kan? Dalam perhubungan confirm akan ada adegan merajuk ni J.
Matikan Telefon Bimbit
Ha.. kalau nak tahu, ni lagi satu tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu aje, dia tak mahu dengar suara kita takut perasaan marahnya lagi kuat. Ala... bila dah rindu, call jugak lastnye J.
Hisap Rokok
Hisap rokok macam dia tak pernah dapat rokok setahun. Huhu...
Okey. Sampai sini entry untuk kali ni. Next entry wanie akan bagi tips untuk memujuk lelaki yang tengah merajuk. Nak pujuk diorang pun ada cara jugak taw! Wasalam.
p/s: Kepada wanita, bila lelaki merajuk, cubalah pujuk dengan baik.
betul2..sye telah alami seperti di atas ble pkwe merajuk..yg manje lgi teruk merajuk nye..hehe
ReplyDeletesye akan tgu entry seterusnye.. ^_^