Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Wednesday, February 15, 2012

ღ 5 Hadiah Terbaik Untuk Lelaki ღ

Views
Assalamualaikum


Korang semua sihat tak? Wanie harap korang sihat la ye. Post kali ini ditulis sebab wanie ada terbaca dekat facebook, ada sorang gurl ni memerlukan advice kerana sudah pening untuk memilih hadiah hari jadi boyfriend dia yang hampir tiba. Korang semua pernah tak mengalami kesukaran yang sama???

Oleh kerana masalah macam ni berlaku, tiba-tiba wanie nak berkongsi idea dengan korang semua. Wanie tak pernah pun bagi ex boyfriend or  boyfriend wanie hadiah. Kadang-kadang wanie cuma belanja diorang makan aje ^_^. Jangan cakap wanie kedekut tau sebab sebenarnya wanie tak tahu nak bagi hadiah apa. Takut si dia tak suka aje dengan hadiah yang wanie bagi ni sebab kadang-kadang lelaki ni cerewet jugak taw!


Di bawah ni terdapat antara 5 jenis benda yang boleh dikatakan terbaik untuk diberikan kepada sang arjunamu yang tercinta.


Wallet atau dompet


Benda inilah antara  benda yang common dan terbaik untuk diberikan kepada lelaki atau boyfriend anda. Dompet yang biasanya tidaklah mahal dan tidaklah murah sangat.

Kenapa dompet..??  Kerana dompet boleh mendorong teman lelaki anda untuk berjimat cermat dan benda-benda macam ni hari-hari mereka akan pegang dan bawa J .

So.. mereka akan sentiasa mengingati kamu dan disamping itu bila si dia nak joli je, si dia akan terkenangkan kamu maka akhirnya tidak jadilah  mereka nak  berjoli.. so boleh lah si dia simpan duit untuk cukupkan 20 ribu duit hantaran kawin kamu nanti kan.



Jam tangan


Jam adalah antara benda kesukaan lelaki. Dan bila dipakai nampak bergaya dan macho lah katanya. Janggal bila lelaki tidak mengenakan jam di tangan mereka, tetapi ada juga golongan yang tidak suka pakai jam ni.. So, kepada wanita diluar sana yang mempunyai teman lelaki yang tidak suka memakai jam tangan, ini adalah pilihan terbaik.

Mengapa jam tangan? Ini kerana bila si dia memakai jam yang diberi oleh kamu, so takdalah reason lepas ni untuk si dia lambat masa nak date dengan kamu nanti.. and jam juga adalah barang yang melekat kat tangan mereka. So, setiap kali melihat waktu di tangan si dia akan terkenang akan kamu J.



Pen atau pena


Pen juga adalah salah satu benda yang unik untuk dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda. Walaupun zaman modern sekarang orang jarang menggunakan pen  tetapi ianya tetap penting.

Mengapa pen? Bila anda menghadiahkan si dia pen, secara tidak langsung teman lelaki anda akan bersemangat untuk belajar atau membuat kerja mereka. Ini kerana pen itu adalah hadiah pemberian orang yang tersayang. So, mereka bersemangat lah nak menulis.

Hurm lagi satu rahsia lelaki mengenai pen. Anda perasan tak kaum lelaki suka sangkut pen mereka di poket baju..?? Ini adalah antara sifat pelik dan unik lelaki terhadap pen. Maka bila pen itu disangkut di baju pen tersebut akan terletak dekat dengan dada mereka. So, pen itu akan sentiasa dekat di hati si dia. Pen yang sesuai diberikan adalah jenama Parker.



Neck tie atau tali leher


Tie juga adalah benda yang sesuai dan bermakna untuk dijadikan hadiah. Ini kerana tali leher sangat berguna untuk lelaki-lelaki yang berkejaya dan berkaliber contohnya student dan kerja pejabat.

Kaum lelaki memang gedik sikit ketika bersama orang yang tersayang. Contohnya mereka akan mengada-ngada buat tak reti pakai tie. So,  anda bayangkan anda sendiri yang memakaikan tali leher  untuk si dia.. hehe.. romantic bukan.. tetapi... jangan lebih-lebih.. ini adalah untuk yang dah kahwinn je.. yang belum  kahwin berdosa tau pegang-pegang.. hehehe...

Mengapa tie..?? Tie dah jadi benda penting dalam hidup lelaki. Cuba bayangkan si dia memakai tie yang diberi oleh kamu untuk menghadiri temu duga, mesti bersemangat punya lah. So, kurang lah sikit rasa gemuruh si dia nanti.



Sunglass 


Benda ni dah kira jadi fashion  bagi kaum lelaki. So cermin mata hitam juga adalah antara item-item yang bagus  dijadikan hadiah untuk teman lelaki anda.

Ada kebaikannya juga bila anda menghadiahkan boyfriend anda benda ni kerana cermin mata dipakai di mata. So,  jika si dia memakai sun glass yang anda bagi semasa anda berdating maka mata si dia akan sentiasa di hati anda dan kebaikannya juga adalah tidaklah mata  teman lelaki anda melilau melihat awek lain J .

Cermin mata yang sering menjadi pilihan adalah jenama Ray Ban. Jenama ini adalah antara jenama wajib yang menjadi pilihan kaum lelaki.


Okaylah. Item-item diatas adalah antara pandangan peribadi saya sahaja. Jika anda semua ada cadangan lain bolehlah berkongsi di ruangan komen ye. Jadi kita semua boleh berkongsi maklumat dan pendapat.  Selepas ini tidak adalah  orang yang pening-pening memilih hadiah disaat birthday orang yang tersayang J

 Nanti kite jumpe dalam next entry ye.. Wasalam ^_^.






2 comments:

  1. yeay !dah ade idea nak kasi adiah ape.. thanks ! :)

    ReplyDelete
  2. memang susah nak cari hadiah untuk lelaki. tapi takpe saya ada banyak koleksi hadiah yg sesuai utk dihadiahkan pada lelaki. salam singgah disini :)

    www.kedaihadiahonlineku.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.