Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Sunday, January 29, 2012

☃Ciri-ciri Lelaki Jujur Dalam Perhubungan Dengan Wanita ☃

Views
Assalamualaikum

Tajuk entry hari ni telah diSUGGEST oleh seorang adik kesayangan wanie. Namanya si comel Biela. Kalau nak kenal dengan dia, >>this is her!!!<<.
Entry hari ni bertajuk ‘ Ciri-ciri Lelaki Jujur Dalam Perhubungan Dengan Wanita’.

Dalam sesebuah hubungan,kejujuran adalah tonggak utama yang akan memastikan keutuhan sesebuah perhubungan itu..tapi sejauh manakah diri seseorang itu mampu menjadi jujur?..

Dan kali ini,amat penting bagi kaum wanita untuk cuba mengenalpasti adakah insan lelaki di samping anda itu benar-benar jujur atau sebaliknya dalam menjalinkan hubungan dengan anda..




Cara untuk mengenali sikap lelaki itu betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka:

1-Detik diawal perkenalan, masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri. Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja. Hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya.

*So kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerana ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda.


2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu, anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri la.

*Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab,kalau tak percaya try la dulu…


3-Tarikh lahir.. Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini. Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la besday ayg”maklum la abg ni sibuk kan? Anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.

*Apa yang anda perlu lakukan,anda haruslah berhati-hati dengan si dia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya,nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.


4-Bila anda sakit.. Anda perlu menelefon si dia,memberitahu bahawa anda sakit,tapi ingat sekali sahaja tau. Kalau si dia benar-benar jujur, dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan anda.

*Selalunya lelaki yang ada niat buruk,dia akan suka perkara ini berlaku pada diri anda,bolehlah dia bebas seperti burung pucung diawang-awangan bersama perempuan lain, diri anda sudah dilupai buat seketika..ahaksss.


5-Bersabar dengan anda.. Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah, sebagai contoh kalau anda sedang jalan-jalan bersama si dia,kaki anda tersadung or tersepak batu,tiba-tiba si dia berkata”Apa ini buat malu jer!!jalan tu tengok la bawah sama”dengan nada marah.

*Kalau kekasih or bakal kekasih anda berkata begitu,memang dia tidak ambik berat pasal diri anda, kalau sebelum ini boleh jer dia janji sehidup semati..bla…blaaaaa…tapi sekarang buat silap sikit jer sudah ditengking serupa harimau laparkan biskut tiger..ahaksss.


Kesimpulannya ,lelaki yang jujur akan menunjukkan perangai yang tidak meragukan dan sentiasa menghormati wanita. Kalau anda sudah berjumpa lelaki sebegini, insya allah anda akan bahagia ☺.


1 comment:

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.