Hello
kawan2 semua. Apa khabar? Wanie dah lama rasanya xupdate blog and ada kawan2 yang
bising tanya bila nak update blog. Hari tu Wanie terlebih rajin nak buat
puding. Nama puding tu ‘Puding Kastard Cocktail Berkuah’. Sangat sedap tau. Dah
lama buat puding tu so ni baru ada masa nak share resepi dengan korang semua.
PUDING
KASTARD COCKTAIL BERKUAH
Bahan
untuk puding :
1 cawan
tepung kastard – Wanie guna jenama Bird
4 cawan
air
Bahan
untuk kuah:
1 tin
susu cair
1 tin
buah cocktail campur – selalu guna jenama Hosen(ambil sekali dengan air buah
tersebut)
1 sudu
kecil esen vanilla
½ tin
susu pekat – kalau suka manis boleh tambahkan susu
Wanie tambahkan sedikit air sebab tak nak kuah dia pekat sgt. Bila masuk dalam peti air, kuah dia akan jadi pekat sikit.
Wanie tambahkan sedikit air sebab tak nak kuah dia pekat sgt. Bila masuk dalam peti air, kuah dia akan jadi pekat sikit.
CARA-CARANYA
Untuk
membuat puding :
1.
Campurkan
tepung kastard dan air ke dalam periuk.
2.
Kemudian,
kacau bahan itu sehingga pekat dan likat.
3.
Tuangkan
adunan tersebut ke dalam acuan kecil-kecil.
Untuk
membuat kuah:
1.
Campurkan
semua bahan di dalam periuk.
2.
Kacau
bahan tersebut sehingga mendidih.
3.
Kemudian,
sejukkan kuah tersebut dan letakkan di dalam peti ais.
Taraaaa….
Puding ni sedap makan bila sejuk tau. Selamat mencuba ye kawan2 J
wahh nampak simple je nk buat, boleh la try lpas ni. nice sharing !
ReplyDeletememang simple pun dear... sedap sgt. kalau buat cepat aje habis.
Deleteboleh try lepas..nmpk mcm sedap..huhuu
ReplyDelete