Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Thursday, February 14, 2013

Resepi Puding Kastard Cocktail Berkuah

Views

Hello kawan2 semua. Apa khabar? Wanie dah lama rasanya xupdate blog and ada kawan2 yang bising tanya bila nak update blog. Hari tu Wanie terlebih rajin nak buat puding. Nama puding tu ‘Puding Kastard Cocktail Berkuah’. Sangat sedap tau. Dah lama buat puding tu so ni baru ada masa nak share resepi dengan korang semua.



PUDING KASTARD COCKTAIL BERKUAH





Bahan untuk puding :
1 cawan tepung kastard – Wanie guna jenama Bird
4 cawan air

Bahan untuk kuah:
1 tin susu cair
1 tin buah cocktail campur – selalu guna jenama Hosen(ambil sekali dengan air buah tersebut)
1 sudu kecil esen vanilla
½ tin susu pekat – kalau suka manis boleh tambahkan susu
Wanie tambahkan sedikit air sebab tak nak kuah dia pekat sgt. Bila masuk dalam peti air, kuah dia akan jadi pekat sikit.

CARA-CARANYA
Untuk membuat puding :
1.      Campurkan tepung kastard dan air ke dalam periuk.
2.      Kemudian, kacau bahan itu sehingga pekat dan likat.
3.      Tuangkan adunan tersebut ke dalam acuan kecil-kecil.

Untuk membuat kuah:
1.      Campurkan semua bahan di dalam periuk.
2.      Kacau bahan tersebut sehingga mendidih.
3.      Kemudian, sejukkan kuah tersebut dan letakkan di dalam peti ais.



Taraaaa…. Puding ni sedap makan bila sejuk tau. Selamat mencuba ye kawan2 J 

3 comments:

  1. wahh nampak simple je nk buat, boleh la try lpas ni. nice sharing !

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple pun dear... sedap sgt. kalau buat cepat aje habis.

      Delete
  2. boleh try lepas..nmpk mcm sedap..huhuu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.