Assalamualaikum
Gaduh? Siapa yang tidak pernah bergaduh? Sama ada gaduh dengan teman rapat, kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh kerana ada juga kesedaran dalam diri masing-masing. Tanpa bergaduh tak adalah masam manisnya. Kadang kala pergaduhan membantu mengeratkan lagi perhubungan itu. Peace!!! ^_^.
Kat bawah ni tips-tips nak elakkan pergaduhan dalam perhubungan. Hope dapat membantu korang semua !!!
1. Kawal emosi
Cuba kawal emosi korang dengan cara menenangkan diri sebelum bertindak. Selalunya orang perempuan mempunyai emosi yang berlebihan. Cuba bertindak dengan bijak dan jangan tunjukkan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depan lelaki. Sekurang-kurangnya kamu tidak menjadikan keadaan lebih keruh walaupun di hati kamu terdapat perasaan amat marah.
2. Jangan cari pasal
Dalam sesuatu perhubungan kena ada sifat tolak ansur sesama pasangan. Berbincan bersama-sama sebelum melakukan sesuatu perkara adalah tindakan yang amat bijak sekali. Dan jangan pula kamu mencetuskan sesuatu sebagai alasan hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.
3. Jujur dan Saling percaya-mempercayai
Jujur dan percaya-mempercayai adalah elemen yang paling penting di dalam perhubungan. Bersikap jujur dan percaya pada pasangan adalah kunci utama untuk mengukuhkan perhubungan kamu. Jika elemen ini tiada, tunggu sahajalah keruntuhannya.
4. Berterus-terang
Ini merupakan jalan yang terbaik dalam perhubungan. Semua pasangan ingin berterus-terang di dalam perhubungan mereka. Kamu perlu bercakap benar walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan. Lebih baik kamu berterus-terang dari dia mengetahuinya dari orang lain.
5. Bersikap terbuka
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan. Jangan terlalu ambil serius sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan dari timbulnya masalah.
6. Jangan ungkit perkara lalu
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah ia berlalu tanpa perlu membongkarkan kisah silam. Bimbang ia hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.
7. Jangan bandingkan dia
Siapa suka dibandingkan? Jangan sesekali kamu bandingkan dia dengan bekas teman lelaki kamu atau bekas teman wanita kamu. Setiap manusia pasti ada kelemahan dan kelebihan. Kamu perlu tahu bahawa tiada seorang pun yang suka dibandingkan dengan orang lain. Jika perkara ini tidak terkawal, ia hanya merugikan diri sendiri.
8. Buang sikap ego
Setiap orang ada egonya tersendiri namun ia perlulah dikawal.
9. Jangan ada sifat mengongkong
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tiada bersama kamu. Dia juga berhak menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama dengan teman-temannya. Begitu juga dengan kamu. Kadang kala kamu ingin bersendirian dan tidak mahu ditemani oleh sesiapa. Cuba kamu fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri.
10. Setia
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang kepada pasangan kamu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika tidak sudah tentu kamu akan menukar pasangan seperti kamu menukar baju. Jangan sampai kamu dianggap murahan dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.
hurm..mtbe ade silap biela gak.. huhu
ReplyDelete