Mesti korang semua pelik dengan tajuk hari ni kan?
Tajuk hari ni ‘ Tips Menjadi Lelaki Romantik'.
Kita pun tak tahu kenapa kita nak buat entry macam ni.
Mungkin ada lelaki di luar sana tak tahu macam mana nak jadi Mr. Romantik seperti mana wanita inginkan.
Sebenarnya romantik nilahir dari dalam jiwa dengan sendirinya.
Tak boleh dipaksa dn perlulah ikhlas dan jujur.
Ada banyak cara menjadi lelaki romantik, antaranya ialah :
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perhubungan, berilah hari-hari biasa pun boleh juga, janganlah bagi sejambak, bagi sekuntuk pun dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti si dia akan senyum memanjang.
2. Ungkapkan Ucapan Sayang
Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pun takpe, maybe korang boleh sms sahaja pada pasangan korang ^_^. So sweet...
3. Pandang Mata Pasangan
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandanglah dengan penuh rasa kasih dan cinta.
4. Bicara dengan lembut
Berbicaralah dengan pasangan anda dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara dengannya.
5. Berpimpingan tangan
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.
6. Sentiasa senyum
Sentiasalah mengukir senyuman kepada pasangan. Berilah senyuman ikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun tak jadi bila tengok anda memberi senyuman yang paling manis sekali.
7. Pakaian sedondon
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tidak gemar memakai t-shirt jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika psangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt berwarna biru. Sweetnye... ^_^ .
8. Memberi kejutan
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan manakala pasangan anda tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda telah membawanya ke situ dan telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.
9. Memujuk
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tahu saja, tiba-tiba esok jumpa buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tak patut tau buat macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya ^_^.
Ok, inilah tips-tips untuk menjadi lelaki romantik. Pasti ramai wanita yang mengimpikan ciri-ciri seperti di atas termasuk saya. Tapi pada anda wahai lelaki, ciri-ciri romantik sebenarnya lahir dari dalam jiwa dengan sendirinya tanpa ada apa-apa paksaan. Anda boleh merubah menjadi lebih baik tapi jangan terlalu memaksa diri dan jadilah diri anda sendiri. Jika pasangan betul-betul menyayangi anda, dia akan menerima seadanya apa adanya anda.
p/s: alangkah indahnya kalau semua lelaki macam ciri-ciri di atas ni ^_^. Wasalam...
0 yang rajin komen:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.