Assalamualaikum
Entry kali ni bertajuk 'Tips Memikat Lelaki'. Adik kesayangan saya yang suggest tajuk ni. Kalau korang rajin, boleh la follow dia di sini <<clickhere>>
Adakah anda sering dibelenggu cinta bertepuk sebelah tangan? Anda amat mencintai dia kerana dia adalah yang anda cari selama ini? Kerana perwatakkan itu seperti ‘Mr Right‘? Namun anda bingung bagaimana harus anda lakukan untuk memikatnya. Berikut adalah serba sedikit cara yang dapat membantu anda untuk mempersiapkan diri bagi memikat si dia.
Cara pertama : Kecantikan
Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata – mata. Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat ^_^.
Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia
Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka juga sebenarnya makhluk yang lemah. Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan hargai anda yang sentiasa menyokongnya. Lebih-lebih lagi lelaki adalah seorang yang penuh dengan cita-cita. Oleh sebab itu seringkali dilihat lelaki ini adalah merupakan seorang yang mempunyai sifat ‘mengawal’ namun semua itu perlu mempunyai ‘penyokong’ bagi memastikan ia berjaya.
Cara ketiga : Jadi Diri Sendiri
Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata – mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri. Oleh itu elakkan menggangap diri anda serba kekurangan, tetapi anda harus lebih prihatin terhadap kebolehan anda dan elakkan menjadi orang yang bersikap kepura-puraan kerana itu hanyalah sementara dan lelaki akan dapat mengesan tindakan anda seterusnya memburukkan lagi keadaan anda dalam usaha untuk memikatnya.
Cara keempat : Jangan cepat menyerah
Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda ‘jual mahal’ sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda. Hal ini sudah pastinya kerana perempuan mempunyai tradisi yang di namakan ‘dipinang’ atau ‘dilamar’ dan yang pastinya betullah kata pepatah, “takkan perigi mencari timba”.
Cara kelima : Jadi pendengar yang setia
Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan hal dia. Sedarlah bahawa lelaki amat meminati wanita dan mesra denganya sekiranya anda menujukkan minat terhadap apa yang dia suka.
0 yang rajin komen:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.