Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Wednesday, February 15, 2012

ღ Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita ღ

Views


Korang semua sihat x? Kalau sihat, alhamdulillah J.
Tetiba wanie rasa nak buat entry mengenai wanita J

Kepada lelaki di luar sana, mari-mari sini. Korang mesti nak tahu pasal wanita kan?
Mari kita sama-sama mengetahui tentang wanita J.




1.      Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2.     Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.       Wanita sukar nak mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. Sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.

4.      Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.     Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat J.

6.      Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian itu.

7.      Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, janga berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa-apa sahaja.

8.      Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.      Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka J.

10.    Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.

11.   Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.  Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggan diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13.    Sekuntum senyuman memberi sribu erti bagi wanita. Jadi janganlah senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.   Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggakan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.

16.  Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.    Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.   Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapa lah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.  Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta J.

20.  Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudia barulah dirinya sendiri.

21.  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya J !

22.    Satu ucapan ‘Hi’ sudah cukup menceriakan harinya.

23.    Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25.    Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26.    Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27.    Senjata wanita adalah air mata. Tapi kadang-kadang air mata mereka dititiskan hanya kerana kamu.

28.  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hatinya. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.   Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita, pandai-pandailah J.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Cukup sampai sini sahaja wanie berhujah. Mesti korang dah penat baca kan? Wasalam J.

2 comments:

  1. assalammualaikum, kQ.. fuh!! terharu kut bc entry ne.. Luz plg ska num 13 tu.. hehehehe!!! bukan pe.. tp mmg btul pn kan kQ.. lau boleh like mcm kat FB, da seribu like da ni.. mmg fantastic sgt!! suke.. (thums up!) ^_^

    *hakikatnya kQ, kekadang, pompuan pun xtau mcmna dri dia sbnrnya.. owex got confused with ourself.. kan?? btw, Luz ❤ entry ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.