Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel LINK Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Tuesday, February 21, 2012

ღ Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk ღ

Views


Assalamualaikum semua.
Hope korang semua sihat2 belaka ye J

Wanie dah janji dengan korang kan nak buat entry pasal tips nak pujuk lelaki yang tengah merajuk? Betul tak? Ada kan?

Pakwe wanie pernah merajuk dengan wanie tapi wanie malas nak pujuk. Jahatnya wanie kan? Hehe.. sekali sekala siksa anak orang, tak pe kut.. J


Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk


Entry before ni wanie dah bagitahu tanda-tanda lelaki merajuk. Dan sekarang bagaimana kita nak pujuk diorang. Tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk tetapi sebagai panduan dan tips sahaja okay J.


Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah korang berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung dengan pasangan anda.


Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar bagi kita nak bertolak ansur dengan pasangan kita. Kalau boleh, kita nak diri kita ni menang aje kan? Dalam situasi begini, korang haruslah bijak membua sesuatu keputusan. Sekiranya dia merajuk dan korang tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya korang tersendiri untuk memujuk hatinya. Dengan ini, korang kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


Ucapkan kata-kata manis

Takkan lelaki aje perlu ucapkan kata-kata manis sekiranya awek diorang merajuk. Even perempuan pun boleh ucapkan kata-kata manis pada lelaki. Ketika si dia tengah merajuk, cuba korang bergurau senda dengan menggelarkan si dia, ‘bucuk’, ‘comot’, ‘manje’ dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat power korang dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti di atas tu J


Nyanyikan lagu buatnya

Ha… tips ni merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak korang yang perempuan ni nyanyikan lagu untuk kekasih korang? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Even lelaki pun susah nak nyanyikan lagu pada kekasihnya. Betul kan?


Jangan pujuk on the spot

Kalau si dia merajuk, kalau boleh korang janganlah pujuk diorang terus. Bagi diorang masa untuk cool dulu. Sebab kalau korang nak tahu, lelaki ni kalau kita pujuk dia on the spot, makin gedik, makin ego, berlagak dan sewaktu dengannya la.


Okey. Ini sahaja la tips macam mana nak pujuk lelaki yang tengah merajuk. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan korang tetapi tips ni maybe boleh membuatkan pasangan korang tersenyum. Selamat mencuba ^_^. Wasalam.

4 comments:

  1. thanks wanie... >_<
    dh pernah nyanyi kn uyk dye...
    sekali nye dye terus minx nyanyikan hari2..
    haha..no way ar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la.. yeke? laki memang cm tue pon. gediks!!.. hehe :)

      Delete
  2. wow byknya tips bagus...
    mesti pndi pujuk bf ni.hee

    p/s: ciktom dh copy mskkan banner hazwani..
    thnks exchange banner dgn cik tom ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi membaca post saya.
Kalau rajin, sila tinggalkan komen anda di sini.